Seperti biasa…sekali lagi!!! Jom Outing Malaysia untuk anda!
J.O.M KL dan J.O.M PENANG sudah, giliran saya nak jumpa kawan-kawan yang berada di Perak pula kali ini
Kali ini lokasi yang dipilih adalah di Tempat Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Saya pilih Ipoh kerana lokasinya yang dekat dengan tempat saya menginap dan mudah untuk dituju.
Memandangkan masa yang singkat, saya akan cuba buat sesantai yang mungkin untuk sesi kali ini.
Kawan-kawan yang ada kelapangan dan berada di kawasan berhampiran dijemput hadir. Kita berjumpa, berkongsi ilmu dan berkenal-kenalan.
Lokasi : Gunung Lang Ipoh, Perak.(jika ada perubahan saya akan update)
Masa : Jam 8-11pagi (kita hanya ada masa yang terhad).
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu).
Matlamatnya: Saya akan berjumpa dan berkongsi ‘asas untuk merakam gambar menarik’ kepada kawan-kawan pembaca blog saya semua yang banyak memberi sokongan selama ini. Kita berkenalan. Selalu jumpa dalam blog je, kali ini kita jumpa depan mata
Kawan-kawan yang sudah menyertai J.O.M yang lepas (KL dan Penang) sudah tahu apa yang mereka dapat dalam program J.O.M ini.
Cara saya belajar merakam gambar mungkin ada bezanya dengan yang lain. Sesi perkongsian saya tidak terlalu teknikal kerana saya banyak mengaplikasikan elemen-elemen seni dalam gambar yang saya rakam.
Seperti sebelumnya, dalam outing di Ipoh ini kita akan aplikasikan elemen-elemen asas seni dalam fotografi.
Apa yang penting anda minat untuk belajar tidak kira anda menggunakan DSLR atau kamera digital biasa (compact/point and shot).
‘Jangan malu untuk belajar’.
Untuk belajar merakam gambar menarik, kita tak perlu risau tentang kamera murah atau mahal. Apa yang perlu kita risaukan adalah tentang cahaya, asas fotografi dan ’seninya’.Kamera yang canggih dan mahal hanya membantu memudahkan kerja kita.
Seperti biasa, anda yang ingin turut serta sila sms saya di 012-609 6616 untuk nota ringkas yang perlu saya sediakan.
J.O.M Sabtu ni kita jumpa!… Jaga keselamatan diri masing-masing!
…GO!!!
*Jangan lupa, sarapan dulu sebelum datang, bawa air untuk minum
Gambar-gambar J.O.M yang telah lepas:
J.O.M KL dan J.O.M PENANG
No comments:
Post a Comment